Wednesday 15 May 2013

Pengurusan Sekolah Berkesan


Sekolah berkesan bermaksud pengurusan sekolah yang baik oleh pemimpin utama iaitu Guru Besar atau Pengetua. Banyak faktor yang mempengaruhi sekolah berkesan antaranya ialah :
1. Keberkesanan kepimpinan sekolah
2. Peranan Penolong-penolong kanan
3. Peranan aktif semua guru
4. Penyediaan pembelajaran yang berstruktur
5. Tahap keintelektualan guru
6. Penekanan dan kestabilan fungsi guru
7. Persekitaran positif
8. Penglibatan ibubapa / PIBG
10. Penglibatan badan kerajaan dan bukan kerajaan
11. Bilangan pelajar dan latar belakang pelajar


KEBERKESANAN KEPIMPINAN SEKOLAH

Guru Besar adalah pengurus utama yang penting untuk mewujudkan sekolah berkesan.Pemimpin utama harus memiliki karisma , keperibadian , bakat , kemahiran dan kobolehan untuk memimpin , membimbing dan membawa semua warga sekolah ke arah satu matlamat iaitu kecemerlangan pendidikan. Pemimpin utama seharusnya mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi semua guru dan pelajar untuk melaksanakan program yang telah dirancang. Sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti kepimpinan dari masa ke semasa. Belajar melalui pengalaman dan sentiasa bertukar pendapat dengan pemimpin utama yang lain dengan mewujudkan jaringan yang positif.Pemimpin utama mempunyai dua wajah yang sering dibawa kemana sahja mereka pergi. Wajah pertama ialah wajah wajah yang diberikan dan dianugerahkan oleh Allah wst kepada setiap hambanya. Wajah kedua ialah wajah tempat mereka diberikan tugas atau amanah iaitu sekolah yang ditadbirnya.Kedua-dua wajah ini sepatutnya seimbang.Keperibadian yang unggul dan mencontohi Nabi Muhammad saw sebagai model ikutan. Keperibadian yang unggul memudahkan mereka untuk mengerak dan mempengaruhi orang yang dipimpin serta mudah mendapatkan sokongan dan kepercayaan daripada mereka.Bakat adalah anugerah Allah swt kepada setiap hambanya dan kemahiran boleh diperoleh melalui pelbagai sumber khasnyanya dalam keadaan dunia tanpa sempadan pada masa kini.

PERANAN PENOLONG-PENOLONG KANAN

Guru Penolong kanan adalah pemimpin barisan kedua terpenting dalam pentadbiran sekolah. Mereka adalah guru yang berpengalaman dan telah lama berkhidmat oleh itu memudahkan mereka untuk melaksanakan pengurusan akademik , hal ehwal murid , kokurikulum dan pentadbiran dengan berkesan serta teratur. Mereka harus mempunyai krisma , keperibadian , bakat , kemahiran dan kebolehan untuk memimpin sejajar dengan keperibadian pemimpin barisan utama iaitu Guru Besar atau Pengetua sekolah. Mereka harus tahu dan sedar akan tanggungjawabnya serta memiliki pengalaman serta pengetahuan dalam bidang-bidang yang diamanahkan kepada mereka. Mereka juga harus mempunyai hubungan yang baik dengan guru-guru dan ibubapa pelajar untuk memudahkan mereka mendapat sokongan yang diperlukan. Cara kepimpinan harus telus , amanah dan jujr dalam apa juga tindakan yang dilakukan. Menghormati pemimpin setara dan bertindak secara berektika. Mereka adalah rantai penghubung antara pemimpin barisan pertama dengan guru-guru serta pihak-pihak yang berkepentingan. Mereka harus tahu dan faham tentang jangkauan pengurusan serta autoriti yang mereka miliki. Melangar barisan barisan kepimpinan yang setara akan menjadikan keseluruhan pentabiran menjadi pincang.

PERANAN AKTIF SEMUA GURU

Guru-guru di sekolah berkesan terlibat secara aktif dalam merancang dan melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.Unit Perkembangan Staf harus berfungsi dengan berkesan supaya guru-guru dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan. Program harus dirancang sejajar dengan keperluan guru semasa. Perngurus utama dan kedua harus bertindak bijak menggunakan situasi iaitu tahap kepakaran dan kemahiran guru yang sedia ada. Pengurus utama harus berkeupayaan untuk mengerak dan motivasi guru supaya ke aras berprestasi tinggi. Gunakan pandangan dan idea guru dalam melaksanakan pengurusan sekolah supaya mereka merasi bahawa mereka dihargai dan diperlukan oleh pihak sekolah. Set guru yang baik , berkemahiran dan berkualiti merupakan aset penting kepada pihak sekolah. Kajian terhadap kekuatan dan kelemahan memudahkan pihak pengurus atasan membuat keputusan. Guru-guru seharusnya ditempatkan ditempat yang sesuai dengan kemahiran , pengalaman dan minat mereka oleh itu pengurus sekolah harus mengenali staf mereka ( guru-guru ) secara mendalam.

PENYEDIAAN PEMBELAJARAN YANG BERSTRUKTUR

Perancangan akademik , kokurikulum , hal ehwal murid dan keceriaan sekolah harus dirangka bersesuaian dengan kemudahan dan persekitaran yang ada. Perancangan akademik harus menyeluruh dan bukan tertumpu terhadap satu atau dua bahagian sahaja oleh itu setiap tahap harus mempunyai program mereka sendiri. Tumpuan yang diberikan harus seimbang dan bukan cara penyisihan atau membiarkan yang mungkin atas sebab kurang penting. Struktur pembelajaran dalam bilik darjah harus bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar dan menekankan pengajaran berpusatkan murid. Penggunaan alat bantuan pengajaran yang berkesan dapat membantu situasi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok. Menggunakan bilik-bilik khas secara maksimum dan teknologi pendidikan yang ada menjadikan suasana pembelajaran lebih seronok dan mencabar. Kebosanan dan kurang minat dapat diminimakan. Aktiviti yang dijalankan sama ada dalam atau luar bilik darjah harus berkeupayaan untuk menarik minat pelajar. Penggunaan LCD , makmal komputer , makmal sain , bengkel , bilik seni , bilik muzik dan bili-bilik khas yang lain harus diselengara dengan baik.Penggunaan pelbagai teknik pengajaran akan menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik.

TAHAP KEINTELEKTUALAN GURU ( PROFESIONALISME KEGURUAN )

Ilmu , kemahiran dan pengalaman guru amat penting dan menjadi asas ukuran keintelektualan guru. Hari ini boleh dikatakan 100% guru berijazah berada di sekolah menengah dan 70% di sekolah rendah oleh itu tahap keintelektualan guru diandaikan tinggi. Mungkin sedikit kekurangan dari aspek pengalaman. Jika keintelektualan guru tinggi maka mereka mudah mendapat pengiktirafan daripada pelajar kerana pelajar hari ini terdedah dengan pelbagai sumber ilmu pengetahuan oleh itu guru-guru harus mempertingkatkan ilmu sepanjang masa. Jika guru berilmu mereka mudah mencabar minda pelajar dan berkeupayaan untuk meningkatkan aras pemikiran ketahap tinggi. Guru yang berilmu dan berpengalaman mudah melaksanakan tugas mereka dengan berkesan. Kata-kata guru menjadi ingatan dan perbuatan guru menjadi ikutan itulah guru yang sejati dan memiliki jiwa guru sebenar. Nasihat guru akan menjadi panduan.


PENEKANAN DAN KESTABILAN FUNGSI GURU

Tugas utama guru adalah sebagai ajen penyampai ilmu pengetahuan oleh itu tugas utama mereka adalah mengajar. Penyampaian ilmu boleh berlaku di dalam dan di luar bilik darjah. Setiap guru harus sedar amanah dan yanggungjawab ini dan melaksanakan dengan berkesan , jujr serta ikhlas kerana Allah swt semata-mata. Taatilah Allah , taatilah nabi-nabi dan rasul , taatilah ibubapa dan taatilah guru-guru. Guru mendapat pengiktirafan yang tinggi disisi Allah swt dan ganjarannya amat banyak. Ilmu yang bermunafaat itu tetap akan sampai ganjarannya kepada kita walaupun kita sudah tidak ada di dunia ini lagi. Sebaliknya jika kita gagal ...... maka jawapannya hanya Allah swt sahaja yang tahu. Kata-kata bekas Pengarah Pendidikan Negeri Selangor iaitu beliau menekankan konsep ada dan berfungsi. Guru ada tapi tak berfungsi dengan baik maka prestasi sekolah akan menurun. Jadilah guru yang berfungsi dengan baik dan melahirkan ilmu yang bermunafaat kesannya modal insan yang berkualiti dapat dihasilkan. Fikirkanlah kenapa Allah swt mengangkat darjat kita menjadi guru ?. Adakah Allah swt jadikan kita dalam keadaan siasia ?. Siasia bermaksud berfungsi dengan tidak baik dan tidak diperlukan. Tugas ini merupakan tanggungjawab Guru Besar dan Penolong Kanan Akademik ( Pentadbiran ).

PERSEKITARAN YANG POSITIF


Persekitaran sekolah yang kondusif dan menarik dapat menghasilkan persekitaran kerja yang a berkualiti. Wajah sekolah harus menarik supaya motivasi pelajar dapat di tingkatkan. Jika keadaan persekitaran sekolah yang muram maka tanggapan pertama menjadi negatif oleh itu Program 3K harus diberikan perhatian dan dipertingkatkan dari masa kesemasa.Ia juga merupakan elemen yang penting dan tidak harus diabaikan. Jika kita masuk dalam kawasan sekolah ... keadaan sekolah itu cantik dan menarik makan kita akan merasa seronok. Motivasi untuk bekerja meningkat. Gaya kepimpinan pengurusan juga akan mempengaruhi persekitaran kerja. Gaya kepimpinan yang bersesuaian menjadikan pesekitaran kerja aman dan tenteram maka tidak wujud perasaan tertekan. Guru-guru dan pelajar akan merasa seronok melaksanakan fungsi mereka.Landskap dan mural dinding yang menarik sudah pasti mewujudkan persekitaran yang kondusif. Ia ditambah dengan kata-kata atau ungkapan bermotivasi menjadikannya lebih menarik. Keadaan bilik darjah yang terurus dapat melahirak keadaan yang seronok untuk belajar. Tugas ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab Penolong Kanan Hal Ehwal Mudid.

PENGLIBATAN IBUBAPA / PIBG

Ibubapa dan PIBG adalah pelanggan sekolah oleh itu hubungan yang baik harus diwujudkan. Jika mereka tidak ada sudah pasti tidak adanya guru dan sekolah kerana merekalah yang melahirkan pelajar. Kenapa wujudnya aduan atau komplin ?. Jawapannya ialah perasaan tidak puas hati. Kenapa ia berlaku ?. Jawapannya ialah saluran maklumat tidak sampai. Konsep sokong menyokong atau konsep saling bersandaran harus diguna pakai dan memutuskan hubungan. Mereka dengan rela hati akan menyumbangkan apa juga yang diminta oleh pihak sekolah. Syaratnya ialah hubungan yang baik. Pihak pentadbir harus bijak menggunakan peluang ini jika wujud.


PENGLIBATAN BADAN KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN

Selain daripada Kementerian Pendidikan terdapat badan-badan kerajaan yang lain yang boleh menyumbang untuk meningkatkan dan memberikan perkhidmatan kepada pihak sekolah. Contohnya Polis Diraja Malaysia , Kementerian Kesihatan , Penguasa Tempatan dan lain-lain oleh itu pihak pengurusan sekolah harus bijak menggunakan peluang yang ada jika diberikan kesempatan. Hubungan yang baik adalah syarat utama. Mungkin ada ibubapa pelajar yang bekerja dengan ejensi-ejensi tersebut oleh itu pihak sekolah harus memahami siapakah keluarga anak didik mereka.


BILANGAN PELAJAR DAN LATAR BELAKANG PELAJAR

Saiz populasi pelajar yang kecil memudahkan pengurusan dan pentadbiran pengajaran dan pembelajaran dijalankan oleh itu populasi sekitar 500 hingga 600 orang adalah sesuai jika ramai sekitar 1000 orang mungkin menjadi sukar. Saiz kecil tapi latar belakang pelajar kurang baik maka kejayaan sedikit sukar untuk dicapai. Yang terbaik ialah saiz kecil dan latar belakang yang baik iaitu dari keluarga yang berpendidikan tinggi. Ini adalah pandangan umum. Pokok yang baik datangnya dari benih yang baik atau baka yang baik dan dijaga dengan baik. Jika prestasi akademik berada pada tahap 90 hingga 95% sudah pasti ia menjadi bukti kepada pentadbiran sekolah berkesan.

Ciri-ciri sekolah berkesan


Sebelas Ciri Sekolah Berkesan Yang Dirumuskan Oleh Mortimore (1995)


1. Kepemimpinan profesional

Ciri ini menekankan kepemimpinan sekolah yang tegas dan bertujuan. Sekolah-sekolah harus mempunyai pentadbir proaktif yang menekankan permuafakatan dan persamaan tujuan yang mengusaha dan mengekalkan proses memajukan sekolah. Seterusnya, ialah sama ada sekolah mengamalkan pendekatan musyawarah, berkongsi tanggungjawab serta melibatkan guru dalam membuat keputusan dan menekan(kan kepemimpinan ketua jabatan atau panitia. Ciri ini juga menekankan sama ada pengetua sekolah sebenarnya seorang profesional dan berilmu yang dapat menawarkan kepemimpinan kurikulum, merancang strategi kurikulum, memantau kemajuan pelajar, serta sedar dan tahu apa yang berlaku di dalam bilik darjah dan dapat membantu membaiki amalan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

2. Perkongsian wawasan dan tujuan

Ciri ini bermaksud warga anggota sekolah mempunyai persamaan nilai dan tujuan sekolah serta dapat berfungsi sebagai sebuah organisasi yang mantap. Ciri ini juga merujuk pada pentadbiran sekolah yang mengamal tindakan pengurusan secara konsisten, iaitu berdasarkan piawai disiplin yang ditentukan oleh sekolah, atau guru menjadi model contoh. Ciri ini juga bermaksud tentang kewujudan kesetiakawanan dan kerjasama antara warga sekolah serta penglibatan guru dalam proses membuat keputusan.

3. Persekitaran pembelajaran


Ciri ini bermaksud iklim sekolah ditentukan oleh wawasan, nilai dan tujuan. Iklim sekolah yang baik sebenarnya dipengaruhi oleh suasana pembelajaran dan keadaan sekolah yang tertib dan teratur dengan persekitaran kerja yang menarik, tenang dan harmonis dalam suasana berorientasikan tugas, di samping wujudnya disiplin kendiri dalam kalangan pelajar yang merupakan prasyarat bagi pembelajaran berkesan.

4. Tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran

Ciri ini menampakkan tujuan utama sekolah, iaitu pengajaran dan pembelajaran kerana keberkesanan sekolah bergantung kepada keberkesanan pengajaran di dalam bilik darjah. Kajian menunjukkan ada perkaitan yang rapat di antara tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran sekolah dengan keberkesanan guru. Kajian juga menekankan sekolah patut memfokus pada kuantiti dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Rumusan pelbagai kajian oleh Mortimore menunjukkan bahawa sekolah harus memaksimumkan masa belajar, meningkatkan penggunaan masa belajar, mengagih masa untuk mata-mata pelajaran prioriti secara seimbang. Sebahagian besar masa guru ditumpukan pada pembelajaran murid dan guru sangat prihatin dengan pelajaran dan pembelajaran kognitif murid. Sekolah mengamalkan ketepatan masa belajar dan mengurangkan gangguan dari luar bilik darjah. Sekolah juga begitu menitikberatkan aspek-aspek ilmiah, mempunyai guru yang berpengetahuan mendalam dalam kurikulum, dan bertumpukan penguasaan kemahiran-kemahiran asas.

5. Pengajaran yang bertujuan

Mortimore mendapati kualiti pengajaran sebagai inti pati sekolah berkesan, di samping memiliki guru yang berkualiti. Ciri pengajaran bertujuan pula bermakna perlu mempunyai organisasi yang efisien, tujuan yang jelas, pengajaran yang berstruktur, dan amalan yang fleksibel.

6. Jangkaan kejayaan yang tinggi

Ciri ini bermaksud sekolah mempunyai jangkaan kejayaan yang tinggi dalam semua bidang terhadap murid-murid mereka kerana rumusan kajian Mortimore menunjukkan ada kaitan yang rapat di antara jangkaan kejayaan yang tinggi dan keberkesanan pelajar. Guru didapati sangat aktif dalam membantu pelajar dan yakin dengan pencapaian murid-murid. Guru juga sentiasa menzahirkan jangkaan mereka serta berkeyakinan terhadap pelajar yang merangsang mereka untuk berjaya. Rangsangan ini diberi melalui kata-kata pujian yang tekal.

7. Pengukuhan yang positif

Mortimore mendapati pengukuhan positif dalam bentuk hadiah dan insentif menjadi faktor penting bagi meningkatkan motivasi pelajar. Pentadbiran disiplin perlu bersih dan adil. Disiplin yang baik berpunca daripada iklim sekolah yang teratur, yakni yang berasaskan rasa kepunyaan dan keterlibatan. Disiplin yang berkesan dapat mengekalkan suasana damai di sekolah. Di samping itu, guru juga harus mendapat maklum balas segera tentang setiap tindakan yang dijalankan, sementara kepada pelajar pula ganjaran atau hukuman perlu disegerakan selepas setiap kebaikan atau kesalahan dilakukan.

8. Memantau kemajuan

Berdasarkan maklumat kajian yang dikumpul oleh Mortimore, sekolah berkesan sentiasa melakukan pemantauan terhadap kemajuan dan prestasi pelajar secara teratur. Guru dapat menentukan sejauh mana tujuan sekolah telah dicapai. Sekolah perlu memberi tumpuan kepada pelajar, ibu bapa dan tujuan persekolahan. Sekolah juga hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam aspek-aspek penilaian dan kaedah mengajar yang terkini. Di samping itu, sekolah perlu menegaskan kepada pelajar dan guru supaya mengambil berat tentang kemajuan pelajaran.

9. Hak dan tanggungjawab pelajar

Rumusan kajian Mortimore turut mendapati sekolah berkesan menekankan usaha meningkatkan harga diri pelajar. Pelajar sepatutnya mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai kegiatan di sekolah. Sehubungan itu, sekolah harus merancang dan meletakkan tanggungjawab yang sesuai kepada mereka.

10. Hubungan rumah-sekolah

Mortimore seterusnya menekankan tentang pentingnya hubungan rumah-sekolah bagi meningkatkan keberkesanan sekolah. Kajian-kajian menunjukkan pentingnya penglibatan ibu bapa dalam membantu anak-anak untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah. Hubungan ini seterusnya dieratkan melalui lawatan ibu bapa ke sekolah untuk berbincang tentang kemajuan anak-anak dengan guru di dalam bilik khas yang disediakan, sementara pengetua pula mengukuhkan lagi hubungan ini melalui dasar-dasar yang terbuka.

11. Organisasi Pembelajaran

Rumusan kajian Mortimore seterusnya menunjukkan sekolah-sekolah berkesan mempunyai organisasi pembelajaran yang menggalakkan guru dan staf am terus meningkatkan ilmu profesional. Ke arah sekolah berkesan, pengurusan sekolah harus mengadakan program perkembangan staf pada peringkat sekolah untuk membantu guru dan staf meningkatkan mutu pengajaran di dalam bilik darjah.

Kesimpulan

Sebahagian besar rangka rujukan dengan sebelas ciri sekolah berkesan yang dikemukakan oleh Mortimore didapati sesuai dan relevan dengan struktur dan organisasi sekolah-sekolah formal di Malaysia. Walau bagaimanapun, Teddlie dan Reynolds (2000) dalam buku mereka,
 "The International Handbook of School Effectiveness Research" telah memberi peringatankepada penyelidik bahawa terdapat faktor-faktor penting lain yang perlu diambil kira dalam menafsir keberkesanan sekolah. Antaranya ialah faktor "konteks" yang harus diberi perhatian supaya penafsiran kita tentang keberkesanan sekolah dapat dibuat secara holistik dan adil.

Sepuluh daripada sebelas ciri sekolah berkesan yang dikemukakan oleh Mortimore ialah ciri dalaman sekolah
 (in-school factors) yang lebih bertumpukan proses daripada konteks. Cuma ciri penyelidikan hubungan sekolah-rumah merupakan ciri luaran sekolah. Jadi, penyelidikan keberkesanan sekolah menunjukkan lebih banyak varian keberkesanan dijelaskan oleh faktor dalaman sekolah. Justeru, bagi tujuan pembaikan sekolah kita harus menumpukan tindakan yang lebih ke atas faktor-faktor dalaman berbanding dengan faktor konteks.

Walau bagaimanapun, Ramaiah (1995) berpendapat dalam konteks Malaysia beberapa kriteria pengukuran keberkesanan sekolah harus dterapkan secara berhati-hati kerana ada ciri-ciri tertentu seperti faktor "tusyen persendirian" dan konteks "bandar" atau "luar bandar" yang sangat mempengaruhi kriteria keberkesanan, terutamanya jika prestasi peperiksaan awam dijadikan ukuran mutlak. Kita juga diingatkan oleh Mortimore (1991) yang memberi definisi sekolah berkesan sebagai "tempat pelajar menunjukkan kemajuan lebih besar daripada yang biasanya diharapkan pada tahap kemasukan awalnya ke sekolah". Justeru, perbezaan prestasi antara sekolah akibat defisit awal ketika kanak-kanak memasuki sekolah harus juga diambil kira.

Namun, sebelas ciri sekolah berkesan rumusan Mortimore yang berasaskan ratusan kajian keberkesanan sekolah dapat diguna sebagai rangka rujukan untuk kita bandingkan kedua-dua jenis sekolah dalam dua tahap persekolahan, iaitu SK / SMK dengan SRJK (C) / SMJK (C). Hasil perbandingan dapat menunjukkan persamaan dan perbezaan ciri utama untuk digunakan sebagai panduan dalam program memajukan sekolah di Malaysia.

Rujukan

Mortimore, P. (1995). "Key Characteristics of Effective Schools". Kertas kerja Seminar Sekolah Efektif, Institut Aminudin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ramaiah, A.L. (1995). "Penyelidikan Keberkesanan Sekolah: Masalah Konsepsi dan Metodologi". Kertas kerja Seminar Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Teddlie, C. and Reynolds, D. (2000). The International Handbook of School Effectiveness Research. London: Palmer Press

Wednesday 13 March 2013

Tugasan 1


Sebagai guru besar yang mempunyai pengetahuan tentang teori-teori organisasi dan pengurusan pendidikan, Aplikasikan teori-teori berkenaan dalam pengurusan sekolah anda.

Guru besar merupakan orang yang sangat penting dalam sesebuah organisasi. Sebagai seorang pemimpin, guru besar bertanggungjawab bagi menentukan hala tuju organisasi yang akan menentukan kejayaan dan membuat perubahan di sesebuah organisasi. Menurut Mortimore ( 1995 ), “ Pengetua sebagai penggerak utama kemajuan sesebuah sekolah.”  Saya sebagai Guru Besar  akan membimbing guru-guru lain dalan peranan dan prosedur kerja. Sebagai seorang pemimpin saya akan memastikan segala tindakan saya memberi inspirasi kepada guru-guru lain. Ini kerana setiap tindakan seorang guru besar, haruslah menjadi teladan kepada yang lain. Melalui tindakan sebegini seorang guru besar dengan mudah boleh melakukan perubahan dalam organisasinya. Malah organisasi yang dipimpin olehnya mampu melakukan sebarang tugasan dengan sempurna.

Sebagai seorang guru besar yang mempunyai pengetahuan tentang teori-teori organisasi, saya dapat menjelaskan setiap perubahan yang berlaku dalam organisasi. Ia dapat membantu dalam meramal peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan. Pada masa yang sama, saya turut dapat memikir serta mencari jalan untuk segala kemungkinan yang bakal berlaku.

Seorang pemimpin yang berwibawa, saya tidak akan  melihat organisasi sebagai sebuah mesin yang hanya melakukan fungsi rutin. Melalui mengenali teori organisasi, saya akan mengubal hala tuju organisasi supaya dapat berkembang selaras dengan aspirasi, kehendak dan minat ahli-ahlinya. Ini kerana saya berpendapat yang pengurusan birokrasi hanya akan membawa kebencian dalam kalangan ahli-ahlinya. Kebebesan bersuara akan diberi keutamaan supaya para ahli dapat memberi cadangan untuk kebaikkan organisasi. Ia menjadi sependapat dengan pendapat Yulk,1994, dimana beliau berpendapat bahawa, “Pengurusan adalah berorientasikan kestabilan. Pengurus mengajak individu membuat sesuatu dengan lebih berkesan.”

Tuesday 12 March 2013

Leader


Refleksi

Kuliah minggu ini memberi pendedahan mengenai tugas seorang pengurus yang berwibawa. Terdapat teori-teori pengurusan yang harus dikenali oleh setiap pengurus sekolah. Pengenalan kepada teori pengurusan dapat membantu seorang pemimpin untuk mewujudkan persekitaran pengurusan yang lebih kondusif kepada para guru. 

Teori Birokrasi Max Weber



        Weber menerangkan jenis birokrasi yang ideal dari sudut yang positif, beliau menganggap organisasi birokrasi adalah organisasi yang lebih rasional dan lebih cekap. Sesuatu birokrasi yang dikatakan ideal hanya wujud dimana individu memberi dan menerima arahan sebagai satu peraturan dalam sistem rasional. Weber juga berhujah bahawa jenis birokrasi yang ideal memerlukan alat pentadbiran yang sukar, sifat-sifat alat pentadbiran ini termasuklah ketepatan, kepantasan, tidak ada kekaburan, mempunyai pertimbangan, mengetepikan kepentingan, tidak ada perselisihan, langkah penjimatan, berkesinambungan dan kesepakatan. Beliau juga mengatakan bahawa organisasi tidak dapat dielakkan dari berubah ke arah jenis ideal yang dikatakan olehnya dalam pencarian proses kecekapan yang sangat berkesan.


JOHARI WINDOW