Sebagai guru besar
yang mempunyai pengetahuan tentang teori-teori organisasi dan pengurusan
pendidikan, Aplikasikan teori-teori berkenaan dalam pengurusan sekolah anda.
Guru besar merupakan orang yang sangat penting dalam
sesebuah organisasi. Sebagai seorang pemimpin, guru besar bertanggungjawab bagi
menentukan hala tuju organisasi yang akan menentukan kejayaan dan membuat
perubahan di sesebuah organisasi. Menurut Mortimore ( 1995 ), “ Pengetua
sebagai penggerak utama kemajuan sesebuah sekolah.” Saya sebagai Guru Besar akan membimbing guru-guru lain dalan peranan
dan prosedur kerja. Sebagai seorang pemimpin saya akan memastikan segala
tindakan saya memberi inspirasi kepada guru-guru lain. Ini kerana setiap
tindakan seorang guru besar, haruslah menjadi teladan kepada yang lain. Melalui
tindakan sebegini seorang guru besar dengan mudah boleh melakukan perubahan
dalam organisasinya. Malah organisasi yang dipimpin olehnya mampu melakukan
sebarang tugasan dengan sempurna.
Sebagai seorang guru besar yang mempunyai pengetahuan
tentang teori-teori organisasi, saya dapat menjelaskan setiap perubahan yang
berlaku dalam organisasi. Ia dapat membantu dalam meramal peristiwa yang akan
berlaku pada masa hadapan. Pada masa yang sama, saya turut dapat memikir serta
mencari jalan untuk segala kemungkinan yang bakal berlaku.
Seorang pemimpin yang berwibawa, saya tidak akan melihat organisasi sebagai sebuah mesin yang
hanya melakukan fungsi rutin. Melalui mengenali teori organisasi, saya akan
mengubal hala tuju organisasi supaya dapat berkembang selaras dengan aspirasi,
kehendak dan minat ahli-ahlinya. Ini kerana saya berpendapat yang pengurusan
birokrasi hanya akan membawa kebencian dalam kalangan ahli-ahlinya. Kebebesan
bersuara akan diberi keutamaan supaya para ahli dapat memberi cadangan untuk
kebaikkan organisasi. Ia menjadi sependapat dengan pendapat Yulk,1994, dimana
beliau berpendapat bahawa, “Pengurusan adalah berorientasikan kestabilan.
Pengurus mengajak individu membuat sesuatu dengan lebih berkesan.”
No comments:
Post a Comment